Jun 11, 2012

Movie Review : Snow White and The Huntsman

Lately, kalau diperhatikan filem Barat banyak mencedok idea dari filem atau kisah terdahulu dan digarap semula menjadi filem baru tetapi dengan gaya penceritaan yang berbeza. Sama seperti cerita Snow White and The Huntsman ini ( atau boleh juga dipanggil Snow White and The Osman). Hihik! *gelak gatal*




Sedikit ralat bila watak Snow White itu dilakonkan oleh Kristen Stewart (best known as Bella Swan in Twilight movies) sedangkan hati merindui lakonan Emma Watson. Ecewah! Dan ramai mempertikaikan Queen Ravenna lakonan Charlize Theron adalah lebih cantik daripada Snow White. Memang pon, sejak bila Kristen tu cantik? #teamantiKristenStewart 


Berbalik kepada cerita Snow White and The Huntsman nih, berkisarkan pasal obsesi wanita untuk kekal cantik bagi menakluki dunia (Queen Ravenna), namun misi berjaya di patahkan oleh wanita yang kononnya paling cantik. perawan dan hati yang suci murni (Snow White) dengan bantuan pemburu (The Huntsman). Blergh


Gorgeous? Yes she is. But she looks damn pathetic

Bagi aku kekuatan cerita ni terletak pada Queen Ravenna yang membawa watak jahat yang jelita dengan berjaya. Scene "burung gagak yang mendarat penuh tragis ke dalam Istana dan kemudian muncul Queen Ravenna dalam kesakitan" itu memang sangat ohsum bagi aku. Cuma klimaksnya iaitu ketika pergaduhan antara Queen Ravenna dan Snow White tu macam kejap sangat. Tak puas tengok.

Overall, aku rasa movie ni overrated, but worth to watch





Tapi part paling annoying yang membuatkan aku annoyed adalah:

Kehadiran 3 orang anak gadis (which aku assume masih bersekolah) dimana secara tidak sengaja mereka telah duduk di sebelah seat aku. Part annoying bila gadis-gadis ini membuat sound effect bajet comel macam "Eeeeeee" bila tengok binatang aneh dalam cerita Snow White ni? Benci tahu saya!


Lepastu salah sorang gadis itu telah main hentak-hentak kaki, sampai mengoyangkan kerusi. Rasa macam nak bagi tazkirah, tapi dalam hati jelah. Tapi aku fikir positive, mungkin ni first time diorang masuk wayang kan, tu yang tak reti duduk diam. Heh!


Lepas tu, lepas tu (eh kepohnya) kehadiran seorang kanak-kanak lelaki yang bermain lari-lari dekat laluan antara kerusi tu sambil ibu bapanya tidak menghiraukannya sambil menonton wayang dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Serius aku tak faham motif membawa anak kecil menonton wayang tapi membiarkan ianya terlepas dan menyusahkan orang lain. 


***********

Info, dengar kata sekuel Snow White ini sudah dipastikan, maka ada sambungan untuk cerita ini. Namun malangnya watak Queen Ravenna tidak akan kembali. Jika ini benar, aku harap sangat Emma Watson muncul untuk mengalahkan konon bajet cantik dan perawan Kristen Stewart itu. Yeay! *sukehati jek*



19 comments:

  1. Kenapa eh dia tak ambik pelakon cantik???

    ReplyDelete
  2. nk suh amik ko ke jd watak heroin? ko kan ayu...

    ReplyDelete
  3. Tidak menengok lagi filem ni. Ramai manusia kata best. Ditokok-tambah dengan hang punya preview membuatkan perasaan hati tambah bergolak nak pi tengok.

    p/s: 1. Nak tengok kecantikan Charlize Theron sebenarnya.

    2. Hopefully ada sekuel Snow White and The Osman.

    ReplyDelete
  4. Hoh! Sungguh! saya pun tak faham kenapa bawa anak-anak kecil masuk pawagam. Lepas tu dibiarkan berlari di tangga dan hadapan skrin. Belum lagi yang tiba-tiba menangis dalam pawagam! sigh~

    ReplyDelete
  5. crita ini mmg superb dr sgi costume dan watak yg dimainkan

    cuma jln cerita ada sedikit mengecewakan

    dan pengakhiran biasa2 aje

    aku dambakan spt The Lord of the Rings :)

    ReplyDelete
  6. aku pun setuju klimaks tu senang kemain Queen Ravena tu mati tak puas lagi aku tgk Snow White kena terajang.. Kalau time nie ada agedan tarik tarik rambut dulu ke, tampat menampar ke baru best!!! Kahkah

    ReplyDelete
  7. haha banyak gangguan betul time tengok wyg..

    ReplyDelete
  8. suka part dalam taman bersama orang kerdil . . cantik la scene dia . .

    ReplyDelete
  9. tak paham mengape harus kristenstewart yg jadik snow white. haih. tak kena sungguh -_-

    ReplyDelete
  10. tak sempat lagi nak tengok wayang citer2 baru nie..anak dah bertambah kena pikir 10x nak terjah wayang nie

    ReplyDelete
  11. Kristin Steward memang dah sesuai untuk citer vampire je kot, tu yang nampak weird bila dia jadi snow white XD

    ReplyDelete
  12. amboi, statement sedih je kan. layan citer ni tapi susah nak khusyuk dek environmental factor yg mengganggu.huhu

    ReplyDelete
  13. aku suke part yang annoying yang kau citer tuh..menyampah kan kalau ade yang macam tuh.."eeeee"...LOL..

    ReplyDelete
  14. suka emma watson gak! :D

    eh x,,dy yg suka kt aku...wakakaa~

    ReplyDelete
  15. Tak tgk lg...wuwu tp tgk trailer cm best ja ahaha

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...