Jul 18, 2012

Review : Ice Age 4 Continental Drift

Namakan 1 filem animasi yang menjadi favorite gua?

Dulu gua minat filem The Incredibles, sebab cerita pasal superheroes ni memang sentiasa menjadi kegemaran. Tapi filem ni dah lama, gua tengok dulu pun pakai CD cetak rompak, sekarang download sudah. Dan kalau filem animasi baru-baru ni Ice Age filem yang paling tak mengecewakan. Dan tahun ini Ice Age kembali dengan Ice Age 4 Continental Drift (filem yang ke-4). Ice Age 3 - Dawn of the Dinosaur tu gua tengok dekat wayang juga time zaman degree, sampai gelak tak ingat. So gua letak high expectation untuk Ice Age 4 nih.


Seperti biasa, filem Ice Age akan dimulakan dan diakhiri dengan babak kejar mengejar antara tupai tanah dan buah keras kot yang sentiasa merepek tapi kelakar. Kadang-kadang sampai gua terfikir, tupai ni bawa bala agaknya, tak pernah dapat buah tu.


Tupai ke tu? Buah keras ke tu? Kena tanya Zamir ni sebab dia doktor haiwan. 


Berkisar pasal Peaches (anak pasangan Mamoth - Ellie dan Manny tu dah besar), bila dah remaja makin degil dan ingkar kata ibu bapa. Sampailah keadaan menjadi rumit baru nak menghargai mereka, gituh kan sinopsis nak macam drama Melayu. Yang bestnya bila ada watak tambahan yang menceriakan keadaan.


Ethan si  mammoth jantan  yang dikelilingi dan menjadi pujaan oleh "gadis-gadis" mammoth yang lain


Musuh baru menentang kejahatan iaitu geng lanun yag bajet gangster



Tapi siapa sangka, disebalik pergaduhan antara yang jahat dan baik, wujud bibit-bibit cinta antara Diego dan Shira. LOL! Nama singa nak Shira jek kan, tak nak la Peah ke, Kiah ke.



Tapi tiada watak paling annoying dalam Ice Age 4 melainkan dua ekor sloth (tak tau sloth dalam bahasa Melayu apa) iaitu Sid dan nenek sid. Sid memang super duper annoying, di tambah dengan kehadiran nenek dia. Makin annoying! Tapi serius lawak gila



Kesimpulannya, Ice Age 4 ni seperti biasa berdekah gelak! Tengok dengan member gua, dia lagi gelak tak hengat. Sangat lawak okay!




***** Next filem? Tunggu lepas raya. Bulan Ramadhan ni kita puasa tengok wayang yea. Tapi nak tengok Dark Knight Rises. Acane? 



10 comments:

  1. alahai , da lama tk tgk wayang kot =='

    ReplyDelete
  2. haishhh lama kot tk tgk wayang Y___Y

    ReplyDelete
  3. wow! cam best aje.4stgah bntag tuu..nak tgok jugakla klu gitu!

    ReplyDelete
  4. Lawak jugak la. Yang menyampah tgk anjing laut tu. Tu annoying hahaha. Gelik pun ada.

    ReplyDelete
  5. 4 bintang lebih!! wot wot! memang best nih...nak tgk tapi tak tgk2 jgk..hurmm...

    ReplyDelete
  6. Salam kenal...nway mmg best giler ngk ice age 4 nih...especially nenek sid yg poyo tuhhh..berjaya mereleasekan tension tgk muvi nih...

    ReplyDelete
  7. Uiksss rasa nk menengok plk this movie tp ramadhan kn.. Taoi...

    ReplyDelete
  8. salam kenal...

    nak tengokkk.... excited kot... i loveeeee ice age.... from ice age 1 lagi...

    ReplyDelete
  9. jeless nk tgk jugak eh apesal asek jeles jek dgn kamu ni... walopun masa mula2 dulu ragu2 nk tgk sebab kecomelan watak ice age tak terserlah mcm disneypixar rupanya sgt best katun tu..

    tak pernah jugak minum setabak masa belajar dulu wuwu ok nanti kita g tony roma dgn setabak, pastu man jadik nanny ken hamza jap akak nk g tgk wyg dengan cinta haha...

    ReplyDelete
  10. uh ! cita ni .......
    still tak dapat tgk !

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...