Jan 2, 2013

Top 10 movie terbaik 2012

Hampir dua bulan juga seorang Osman ini tidak mengupdate entry baru. Adakah seorang Osman ini semakin busy? Ataupun dia buat-buat busy walaupun thesis beliau kini berada di kelajuan yang membimbangkan. Ok sebenarnya pemalas. Oleh itu sempena tahun baru ini, Osman telah berazam untuk menjadi rajin, produktif dan proaktif. Hujah ini di sokong dengan mengupdate entry baru di tahun baru ini. Yeay! 


Disebabkan mengupdate cerita pasal azam tahun baru yang tak semegah itu kelihat cliche, maka Osman telah memutuskan untuk mengupdate pasal top 10 movie terbaik 2012 (walaupun sebenarnya cliche juga). Dan pemilihan pemenang adalah berdasarkan cita rasa Osman itu sendiri, tidak dipengaruhi oleh kutipan box office. Mari mulakan :")



10. Battleship  


Walaupun movie ni bergenre sci-fi iaitu genre kegemaran Osman, tapi movie ini kurang berjaya menambat hati mungkin kerana tak ada x-factor dan hanya bersandarkan CGI canggih manggih macam Transfomers je kot.


9. Snow White and the Huntsman

Sebab saya menonton movie ini adalah kerana:

a)  Terpengaruh dengan trailer dia yang macam best. Charlize Theron sangat cantik dalam movie ini             mengalahkan Snow White. 

b) Sebab nak kutuk Kristen Stewart sebagai Snow White dalam filem ini. Jujurnya



8. Life of Pi



Walaupun cerita ini slow (bukan volume dia yang slow yea, sampai nak kena minta pegawai di wayang kuatkan suara, K hambarnya), tapi percayalah ia kisah yang menarik dan sarat dengan mesej. Dan nama harimau dalam cerita ini sangat vogue iaitu Richard Parker :")


7. The Amazing Spiderman




Dulu masa kecik dah tengok trilogy cerita Spiderman ni lakonan Tobey Maguire, lepastu tahun 2012 ni muncul Spiderman baru dari pelakon yang lain (Andrew Garfield). Faham tak perasaan bila kena re-write balik memori Spiderman ni bila pelakon bertukar! Tapi rasa macam Andrew Garfield ni tak sesuai bawa watak Spiderman. Macam kurang gagah. LOL!



6. Pitch Perfect

Berkisar pasal pertandingan menyanyi ala acapella (instrument guna mulut) tapi sangat menghiburkan. Fat Amy tu macam Adele, dan watak kegemaran saya adalah Lily Onakuramara (obvious tak aku google nama dia) yang sangat comel macam anak patung. Bila dia beliakkan mata dia tu kan rasa macam annoying, tapi annoying yang comel :")




**** Kini masuk top 5. Kira memang paling favorite lah sepanjang 2012 ni. Paling selalu repeat tengok dekat laptop, paling sayang ketat-ketat.



5. The Hunger Games



Walaupun ada orang kata movie ni overrated, tapi I just love this movie. Mungkin sebab jalan cerita yang tak cliche, dan saya mula meminati lakonan Jennifer Lawrence.

Malah bila dapat voucher buku nanti, saya dah bercita-cita nak beli complete set buku Hunger Games ni, dah survey kat kedai buku Popular :")


4. Taken 2





Taken 1 adalah sangat ohsum yea kawan-kawan, begitu juga Taken 2 ini. Kurang ohsum sikit lah dari  yang first, tapi tetap ohsum. Lagi-lagi part kebijaksanaan Bryan time cari lokasi ketua penculik *tak tau camne nak explain* walaupun filem ni macam nak tunjuk yang Islam tu pengganas, tapi ketepikan itu semua. Kerana kita tahu kita berada di pihak yang benar :")


3. Ice Age 4 : Continental Drift




Rasanya Ice Age 3 lagi best, tapi takpelah Ice Age tetap movie paling best sekali. Buat lah tetiap tahun, Osman pasti akan menontonnya. Bila tengok movie Ice Age ni especially kat wayang, mesti kena ketawa kuat-kuat tahu. Wajib lagi. eh? 


2. Dark Knight Rises



Cakaplah apa pun, movie ni banyak bebel, boring lah tapi ia sangat best okay! Cubalah selami ke-ohsum-an cerita ini, pasti anda tidak rugi. Btw, movie ni berdurasi agak panjang hampir 3 jam, tapi sebab best so tak rasa lama. Rasanya sambungan untuk filem ini adalah cerita Robin (kawan Batman)


1. The Avengers



Perlu ke Osman nyatakan kenapa movie ni paling terbaik? :")


*********

Osman tak tengok lagi Hobbit, rasanya kalau dah tengok mesti ada dalam top 5 juga. Oh Skyfall juga tak tengok lagi, tapi Osman adalah not into james-bond-thingy. Dan The Perks of Being a Wallflower, tak sure ada dekat Malaysia ke tak, rasanya kalau ada pun mesti masuk top 5 gak sebab ada EMMA WATSON. Emma I miss you so much!


Emma, Osman rindukan Emma. *Dasar Osman! Dasar!

Rasa macam comel pula bahasakan diri Osman :")

Oh apa pula movie kegemaran korang untuk 2012 yang lepas? 


20 comments:

  1. kita paling suka hungergames oman! hari tu kita cari buku tu tak jumpa :'(

    ReplyDelete
  2. hobbit the best..walaupun nampak mcm ada part yg bosan...but still best... =)

    ReplyDelete
  3. life of pi.

    aku suka part training tiger tu je.

    ReplyDelete
  4. tak tengok hobbit sebab tak ikuti LOTR. heheh.. the avengers memang terbaik!!

    ReplyDelete
  5. the avenges.. mcm osem lh.. sellu ulng2 gak

    ReplyDelete
  6. mcm keji pulak komen mcm tu kah kah. ok2. among my fav tp tidak mengikut turutan ialah, the avengers, battleship, hunger games, dark night, life of pie and surprisingly james bond.

    ReplyDelete
  7. shin chan the mobbiiee! boleh masuk dlm list x?kihkih~

    ReplyDelete
  8. ko mmg kaki wayang ke osman? antara semua yg ko list, aku penrah tgok life of pi je. sbb aku bkn kaki wayang. nway, life of pi mmg best. dan aku kuar panggung dgn rasa puas hati. :)

    ReplyDelete
  9. hai OSMAN. rasa mcm budak skolah yg update entri ni. konon comel la hah? hahaha.

    semoga lebih produktif update. dan dengan harapan,saya juga produktif update blog seposen saya tu. :(

    ReplyDelete
  10. hai osman perasan comel. kahkahkah. emma kirim salam. eh? :P

    ReplyDelete
  11. hai osman. saya rasa strawberi cinta layak ye top 10.huhu

    ReplyDelete
  12. OSman saya nak tanya, Osman berapa tahun ? kahkah..


    Knpa cite Istanbul Aku Datang xde dalam senarai. -.-

    ReplyDelete
  13. hai osman..

    sama la, akak pun suka yang dalam top 5 tu...paling2 yang no.1 tu..memang suke sangat lahhh, sampai akak tengok Thor then tengok balik The Avengers...bahahah..

    akak keje part time je.. :)

    ReplyDelete
  14. Life of pi best! Haritu kita tengok 3D punya! so, bila harimau tu keluar I was likee OMG TERKEJUT! tanjat boboy tau.

    ReplyDelete
  15. man, dark night should be no. 1

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...