May 15, 2013

GAMBAR : Lelaki mandi di air terjun Kota Tinggi

Busy gamaknya si Seman ni sampai berbulan-bulan tak update blog. Ntahlah, aku rasa macam dah tak tau nak update menda. Hilang dah semangat untuk berblog bila adanya medium lain untuk bercerita. Cuma blog ni best dia sebab boleh bebel panjang-panjang. 


Haritu member aku dari KL datang JB, pastu bawa lah dia jenjalan dekat air terjun Kota Tinggi ni.  Kiranya ni kali kedua aku pergi ke air terjun tu. First time dulu masa sekolah rendah, yang aku ingat aku tangkap ketam batu dekat air terjun ni, pastu masuk dalam botol air konon-konon nak bela, tapi esoknya dah mati. LOL


So kitorang gerak pagi dalam pukul 9 macam tu. Sebab malas nak pergi weekend takut ramai orang, so kitorang pun pergi hari Isnin. Memang tak ramai orang langsung. Sampai sana baru ada dalam 2-3 kereta je. Jauh juga dari UTM ni ada lebih kurang 1 jam. 



Entrance untuk ke Kota Tinggi Waterfall Resort. Nampak betapa kehadiran kami disambut dengan penuh kesunyian



Sebelum masuk tu kena bayar fee entrance dekat pak guard. Harga tiket aku rasa memang mahal sebab Kota Tinggi ni aku rasa macam tak besar sangat kalau compare dengan Gunung Ledang. Harga tiket:



RM 7.50 untuk dewasa
RM 3.50 untuk kanak-kanak
Kenderaan kereta RM 3, motosikal RM 1.


Posing depan air terjun sambil buat muka konon gangster padahal k-pop




Lelaki yang hebat mestilah mendaki ke puncak air terjun yang tertinggi. LOL. Muka acah-acah teruja menantikan cabaran yang bakal ditempuh di puncak air terjun. 





Tetiba dah masuk dalam air terjun. Bajet macam gambar kompilasi sepanjang berada disana. Eh actually aku nak masuk gambor kengkawan aku tapi sebab macam-macam gaya, ada gwiyomi lah, maka untuk mengelakkan carutan di kemudian hari maka tak jadi upload.



Eh letak lah sekeping gambar ke...





Eh lagilah



Caption gambar : Carilah bakal suami yang menutup aurat walaupun ketika mandi di air terjun



So kesimpulannya, air terjun Kota Tinggi ni boleh tahan best lah cuma harga tiket mahal. Eh pastu dekat sini ada gelongsor , tapi sebab nak main gelongsor tu kena ada pelampung, dan pelampung tu kena sewa, tak dan lah teman nak main sekali.


Pastu toilet dia boleh kata ketegori buruk lah. Eh kita nak cerita ada lelaki mandi bogel dekat toilet tu okay! Selamba je dia mandi tak tutup pintu, pastu dah lah bogel tak pakai hape pon!! 





Feb 27, 2013

Jom Jalan : Melihat flora dan fauna di Pulau Kukup, Pontian

Namakan tempat pelancongan yang menarik di Johor selain Legoland dan JPO? 10 saat dari sekarang

Tet..masa tamat (feeling macam ada nak orang jawab)

Sebagai anak jati Johor, negeri Johor memang tak banyak tempat yang menarik untuk dilawati. Tempat menarik yang dimaksudkan adalah seperti pantai, pulau, air terjun bukannnya seperti shopping mall dan Legoland itu yea.


Betul tak banyak, lagi-lagi kalau diberi situasi kawan kau dari KL turun JB lepastu kau mesti blur nak bawa dia pergi jalan mana. Setakat pergi shopping mall, kat KL melambak cuma kalau nak rare sikit mungkin JPO. Nak pergi Legoland, tiket dia kemain mahal bebenor. Adalah few option antaranya Air Terjun Kota Tinggi dan Desaru tapi tu pun tak megah sangat. Leulz


Begitulah situasi yang di alami oleh skuad jalan-jalan kami bila ada member dari KL datang JB. Kalut kitorang nak bawa dia pergi jalan, siap google lagi tempat menarik kat area JB ni. So akhirnya kami membuat keputusan untuk pergi ke Pulau Kukup, Pontian


"Ambui dekat Pontian ada pulau rupanya, sungguh tidak tahu sebelum ini. Ingat ada Tanjung Piai je. "  hati berbisik ketika carian google meunjukkan keputusan "tempat menarik di Johor"


Perjalanan dari UTM ke Pulau Kukup ni mengambil masa hampir 1 jam, lebih kurang 60km camtulah. Tapi sebab jalan satu lane, tu yang lama tu . Boring-boring dekat dalam kereta tu apa lagi camwhore lah.


*gambar camwhore takde*


Dah nama pun pergi Pulau Kukup kan, so kenalah gunakan bot sebagai medium pengangkutan untuk membawa anda ke destinasi yang di tuju. Bayaran yang dikenakan hanyalah RM 5 seorang pergi balik.



Ni namanya bot. Ke perahu? sampan? tongkang? Ntahlah


Perjalanan tak lama pun, adalah dalam 10 minit gitu. So tok sah lah kau nak makan meggi feeling nelayan yea







Ok dah sampai *bosan dah nak cerita ni, satuuuuu Malaysia* Oh nak masuk pulau ni pun kena bayar yea, RM 5 seorang. hah


Eh layan gambar jelah, malas betul aku nak terangkan


Ada jambatan gantung. Goyang-goyang tau, kita takut. Tapi yang atas ni bukan kita yea, sejak bila kita besar camtu. Hiks








Pulau Kukup ni basically pulau yang terbina oleh pokok bakau. So jenjalan dalam ni tengok pokok bakau jelah. Lebih kurang 600m masuk ke dalam pulau itu. So pergi balik 600m + 600m = 1200m. Yeay pandainya!




Penat berjalan kita bergambar lah. Susahnya nak cari gambar korang yang betul-betul behave     -__-". Oh dekat situ pun ada menara pemerhati. Tapi sebab kita gayat, kita tak naik pun. HAHAHA! Comel kan? 



Lepastu balik la woi. Macam kejap kan, tapi kitorang spend masa dekat pulau ni dekat 2 jam kot. Kot lah tak ingat


Bila balik tu, bot tu akan bawa korang ke tempat penternakan ikan (betul ke terms yang aku guna ni?). Tapi sebab dia bawa dekat owner Chinese, diorang ada bela anjing! Kitorang takut, so duk diam-diam je dekat bot sambil amek gambar. Comel kan kitorang? 


Bye bye Pulau Kukup. Kalau kitorang bosan, kitorang datang lagi



Buruknya aku edit -__-"



Dah jalan-jalan tu mestilah penat dan lapar bukan? Tapi dekat pekan Kukup tu tak banyak kedai Melayu, so pependailah korang cari kedai. Yang kedai kitorang makan ni pun boleh tahan sedap, telur dadar dia sedap gila! Tom yam dia pun sedap! *Tapi taktaulah semua tu effect lapar, so semua benda jadi sedap*


Nampak tak betapa sedapnya? 



Jumpa lagi. Bye



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...